Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad bengang apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar dan namanya melalui aplikasi Whatsapp untuk meminta sejumlah duit.

Menurut Nabil dia tidak pernah meminta bantuan daripada mana-mana pihak kerana semua itu hanya palsu.

"Sila sebarkan berita ini, ada yang menggunakan display picture saya dan mengaku menggunakan nama saya "Dato KM" or "Dato Khairil" melalui whatsapp untuk meminta bantuan duit dan ada mangsa yang telah bank in duit kerana percaya yang meminta bantuan itu adalah saya.

"Saya tidak pernah meminta bantuan daripada mana-mana pihak setakat ini.

"Mohon sebarkan jika sesiapa yang menerima whatsapp palsu ini, sila berhubung terus dengan saya," tulisnya.

Pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad menegaskan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

"Kepada scammer, pesanan saya, saya akan cari anda hingga ke lubang cacing.

"Sila berhenti menggunakan nama saya untuk meminta bantuan! Pihak saya akan membuat laporan polis dengan kadar segera.

"Hati-hati dengan scammer yang menggunakan nombor whatsapp ini!" tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut sama berkongsi pengalaman mengenai isu tersebut.

Sila sebarkan berita nie,ada yang menggunakan Display picture saya n mengaku menggunakan nama saya “Dato KM” or “Dato Khairil” melalui whatsapp untuk meminta bantuan duit,dan ada mangsa yang telah bank in duit kerana percaya yang meminta bantuan itu adalah saya.Saya tidak pernah meminta bantuan daripada mana2 pihak setakat ini.Mohon sebarkan,jika sesiapa yang menerima whatsapp palsu ini,sila berhubung terus dengan saya.Kepada scammer,pesanan saya,saya akan cari anda hingga ke lubang cacing.Sila berhenti menggunakan nama saya untuk meminta bantuan!Pihak saya akan membuat laporan polis dengan kadar segera.Hati-hati dengan secammer yang menggunakan nombor whatsapp ini! 017-7653371 Akaun : BSN (Ustaz Ardey Abnul) No : 1210041000291925 @khairilmuzamil

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on