Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kepada Semua Suami, Hargailah Isteri Anda" - Uqasha Senrose

Amri Hassan
13/10/2024 21:51 MYT
Pelakon jelita Uqasha Senrose tampil berkongsi coretan hatinya sempena genap enam bulan usia anak pertamanya, Hawra Uqaira.

Menerusi tulisannya di Instagram, Uqasha tidak menyangka dalam melalui proses kehamilan hingga membesarkan anak perempuannya bersama suami, Kamal Adli.

"Tiba-tiba rasa sebak sangat sangat, tak sangka saya dah lalui mengandung 9 bulan, melahirkn semua rasa apa tu sakit melahirkan berpantang membesarkan anak sampai dah nak masuk 6 bulan anak ibu Hawra Uqaira.

"Belajar macam-macam untuk besarkan dan berikan yang terbaik untuk anak.

"Ya Allah Ya rabbi lindungilah anakku, jagalah di setiap langkah kakinya, di setiap detak jantungnya dan disetiap hembusan nafasnya. Ya Allah panjangkanlah umur anakku, terangilah hatinya teguhkanlah imannya, cerdaskan akalnya, baguskanlah amal perbuatannya, lapangkanlah rezekinya, dekatkanlah dengan kebaikan dan JAUHKANLAH DARI SEGALA KEBURUKAN ♥️

"Ya Allah kabulkan harapan dan doa doa ku ini, agar Uqaira menjadi anak yang solehah yang taat pada perintah Mu Ya Allah, berbakti pada ibu ayah dan agama, semoga menjadi anak yang success di dunia dan di akhirat," tulisnya.

Dalam pada itu, Uqasha sempat berpesan kepada golongan suami untuk menyayanyi dan menghargai pengorbanan isteri menguruskan anak dan rumah tangga.

"Kepada semua suami, hargailah isteri anda, besar pengorbanan isteri yang membesarkan anak tanpa pertolongan sesiapa ..

"Yang tak cukup tidur, yang basuh baju anak lipat baju anak susun baju anak, basuh botol susu, buatkan susu, tidurkan sampai nak patah pinggang, nak makan pun hanya untuk alas perut, nak masuk toilet pun kena pegang anak, kalau letak nangis, nak mandi pun tak sempat takut anak nangis.

"Yang ada helper tu Alhamdulilah .. yang mengasuh sendiri tu ingatlah sangat besar pahalanya," tambah Uqasha.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Kali pertama dia keguguran adalah ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022.
#Anak #Uqasha Senrose #Kamal Adli #Isteri #Pengorbanan #Hawra Uqaira
;