24 Februari lalu, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah bersama penerbit terkenal Sheila Rusly serta suaminya Jinggo atau nama sebenarnya Azman Haji Yahya.

Baca: "Semoga Dipermudahkan Semua Urusan" - Ayda Jebat Tunai Umrah Bersama Sheila Rusly

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Ayda Jebat berkongsi khabar bahawa dirinya sudah selamat sampai ke Mekah dan sudah selesai menunaikan umrah pertamanya.

"Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya selamat sampai di Mekah dan selesai menunaikan Umrah pertama pagi tadi.

"Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan saya. Alhamdulillah dan Insyaallah berterusan dipermudahkan hendaknya," tulis Ayda pada entri tersebut.

Pada entri tersebut juga, Ayda Jebat mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah berkecil hati atau terasa hati dengan dirinya.

"Kepada sesiapa yang nak kirimkan doa, Comment dekat bawah nama penuh beserta doa anda. Insyaallah saya doakan," tulis Ayda lagi pada entri tersebut.

♥️? . Assalamualaikum, Alhamdulillah, saya selamat sampai di Mekah & selesai menunaikan Umrah pertama pagi tadi. Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan saya. Alhamdulillah dan Insyaallah berterusan dipermudahkan hendaknya. . Di kesempatan ini, kepada sesiapa yang pernah berkecil hati, terasa hati terhadap saya, maafkan saya.. Kepada sesiapa yang nak kirimkan doa, Comment dekat bawah nama penuh beserta doa anda. Insyaallah saya doakan. . #AydaJebat #YourWuvv

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on


Ayda Jebat kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan pengacara Nabil Mahir.