“Kepada Yang Menyokong, Ini Our Comeback Selepas…”- Lisa Surihani
Syafiqah Jalal
30/07/2020 04:29 MYT
30/07/2020 04:29 MYT
Pelakon Lisa Surihani akui naskhah Pelindung Seorang Puteri merupakan ‘comeback’ gandingan dia dan Farid Kamil selepas 10 tahun tidak muncul bersama.
Lisa berkata drama bersiri itu merupakan buah tangan untuk peminat mereka yang merindui gandingan mereka.
“Kepada yang masih menyokong kami dari dulu hingga kini saya boleh kata drama ini merupakan ‘comeback’ untuk mereka yang merindui kami.
“Meskipun ia agak berbeza dengan karakter yang biasa kami bawa 10 tahun dulu tapi kira ini versi yang lebih berbeza dan matang dari kami,” katanya.
Lisa dihubungi Astro Gempak mengenai drama arahan Yusry Abdul Halim itu yang menghiasi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Kali terakhir Lisa dan Farid ‘disatukan’ adalah menerusi filem Lagenda Budak Setan pada tahun 2010 dan turut bekerjasama dalam menjayakan filem lain seperti Semerah Cinta Stiletto, I’m Not Single serta banyak lagi.
Mengulas mengenai drama adaptasi novel tersebut, Lisa memberitahu banyak olahan dan babak yang tak dijangka berlaku yang bakal membuat pembaca naskhah asal tak terkejut.
“Mungkin pembaca buku asal nakhah ini pasti akan fikir ia sama dengan apa yang mereka baca tapi saya boleh kata tidak sepenuhnya.
“Memang ia adaptasi novel tapi drama ini diolah supaya penonton tak boleh menjangka apa yang berlaku selepas itu,” katanya lagi.
Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.
Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.
Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.
Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?
Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Istimewa buat para pelanggan Pakej NJOI, episod pertama drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ akan turut disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.