gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Suami Atikah Suhaime Tak Kisah Pakai Baju Murah, Jawab Dakwaan Kata Nanti Badan Gatal - “Awak Orang Kaya Baru Kot?”
HIBURAN
Syasya Rizal Tampil Jawab Dakwaan Goncang Anak Terlalu Kuat Ketika Buat Trend TikTok - “Takkan Saya Nak Gegar…”
RANCANGAN
“Kepala Saya Dimasukkan Ke Lubang…” - Pernah Kena Buli Di Sekolah, Evertts Gomes Minta Mangsa Berani Bersuara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

RAISE THE STAR MY

“Kepala Saya Dimasukkan Ke Lubang…” - Pernah Kena Buli Di Sekolah, Evertts Gomes Minta Mangsa Berani Bersuara

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
11/08/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Kepala Saya Dimasukkan Ke Lubang…” - Pernah Kena Buli Di Sekolah, Evertts Gomes Minta Mangsa Berani Bersuara
Pelakon, Evertts Gomes mendedahkan pernah melalui pengalaman pahit menjadi mangsa buli sewaktu di bangku sekolah.
Menurut Evertts, insiden yang dialami dahulu masih meninggalkan kesan mendalam kepadanya namun dia sedar isu buli kini semakin membimbangkan sehingga ada yang meragut nyawa.
“Saya nak ucapkan takziah kepada keluarga arwah Zara, saya sedih apabila baca berita itu sebab terbayang bagaimana kalau benda itu jadi dekat keluarga sendiri. Saya juga di sekolah pernah kena buli, mereka koyakkan baju, rambut kena potong dan bila pergi tandas kepala saya pernah dimasukkan ke dalam lubang tandas.
“Waktu itu saya ingat itu sudah teruk tapi bila dengar kes-kes sekarang sampai meragut nyawa, saya rasa benda ini perlu dihentikan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Evertts juga menegaskan bahawa mangsa buli perlu berani bersuara walaupun diugut oleh pembuli.
Baginya, berdiam diri hanya akan membuat keadaan bertambah teruk.
“Mummy saya selalu ajar, jangan mulakan pergaduhan dulu kalau mereka pukul, beritahu cikgu. Kalau masih kena pukul, balik rumah beritahu mummy. Kalau sudah lapor sekali, dua kali, tapi masih kena juga, barulah lawan balik. Bila dah lawan, cikgu atau mummy takkan marah sebab kita dah cuba elak.
“Kalau kena buli, beritahu mak, ayah, pakcik, sesiapa saja. Lagi bagus, terus buat laporan polis. Kalau cikgu tak mahu ambil tindakan atau ibu bapa tidak percaya, pergi terus ke balai polis dengan bukti seperti tangan bengkak atau kesan lebam. Mudah dan jelas,” tegasnya.
Terdahulu, pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah iaitu Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada jam 3 pagi, 16 Julai lalu.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.
Kes kematian itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan buli dalam kalangan pelajar, mendapat perhatian meluas di media sosial berikutan dakwaan membabitkan anak seorang menteri, orang kenamaan (VIP) dan individu ternama lain.
Dakwaan itu mencetuskan reaksi orang ramai yang menuntut keadilan buat mangsa.
Topic Berkaitan
#Buli
#Evertts Gomes
#Zara Qairina
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement