Tidak asing dalam dunia hijab, selebriti dan usahawan tersohor, Neelofa meneruskan usahanya dalam memperkasakan wanita dengan mengambil satu lagi keputusan besar iaitu memperluaskan empayar digitalnya.

Tidak terganggu oleh krisis semasa, Neelofa telah memutuskan untuk membawa jenama pakaian sopan Naelofar yang disukai ramai ke Shopee.

Melancarkan kedai di jenama itu merupakan satu lagi kejayaan bagi Neelofa dalam usaha beliau memperluas jejak digitalnya, berikutan perkembangan globalnya ke Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Pelancaran ini juga dikatakan tepat pada masanya kerana seluruh industri runcit perlu mengubah corak pemikiran dan bersifat tangkas demi menyesuaikan diri dengan perubahan yang disebabkan oleh penularan COVID-19.

"Sebagai pemilik perniagaan, kami memiliki dua pilihan. Pertama, tunggu dan lihat atau kedua perhati, lakukan perubahan yang sewajarnya dan bertindak secara positif terhadap persekitaran kami.

"Kami memilih untuk melakukan perkara yang kedua dengan membuka peluang baharu dan memperluas saluran penjualan melalui kerjasama kami dengan Shopee.

"Tidak ada apa-apa yang akan menghalang Naelofar daripada menepati janji kami kepada wanita ketika kami berusaha untuk melahirkan perbezaan dalam hidup mereka dengan memperkasakan mereka dan memberikan keyakinan pada paras rupa mereka sendiri," kata Neelofa.

Tambah Neelofa, dia tetap tabah dan optimis secara berhati-hati dalam pada terus melancarkan pelbagai strategi dan pelan mitigasi.

"Memandangkan keadaan semasa dan bagaimana pengguna yang muda dan muda di hati kini beralih kepada pembelian atas talian untuk memenuhi keperluan runcit mereka, adalah baik untuk kami memanfaatkan kerancakan dan pangkalan pengguna platform terbabit bagi memasarkan Koleksi Raya istimewa kami di seluruh negara.

"Secara utamanya, sebagai pemilik perniagaan, kepentingan saya juga adalah untuk melindungi kebajikan pekerja saya sementara kami terus menilai pasaran untuk peluang yang ada,” tambah Neelofa.

Kedai Rasmi Naelofar di Shopee mempunyai rangkaian tudung yang direka dengan baik dan berpatutan untuk memenuhi setiap pilihan pengguna.

Pengguna boleh mendapatkan hijab yang paling laris oleh jenama ini di kedai termasuk Koleksi Raya 2020, Sport Stretch - Sport Hijab, Go Far Moda, Bell - Instant Shawl, Sofis - Printed Square, Lorea - Printed Square dan Elle - Printed Square.

Bersempena pelancaran kedai rasmi Naelofar, pada 11 Mei jam 12 tengah hari, Neelofa akan berinteraksi bersama-sama dengan peminatnya menerusi Shopee Live.