Hiburan

"Kepercayaan Purba Sejak 1500" - Dakwaan Bawang Serap Influenza, Ini Penjelasan Sebenar Teori Tersebut!

gempak
Hanafis Haris
15/01/2020
12:56 MYT
Sponsor Banner
"Kepercayaan Purba Sejak 1500" - Dakwaan Bawang Serap Influenza, Ini Penjelasan Sebenar Teori Tersebut!
Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai bawang yang dikatakan mampu menyerap virus influenza di udara.
Teori tersebut telah menyebabkan ramai yang terpengaruh, sehingga ada yang meletakkan bawang di setiap penjuru rumah.
Malangnya, teori berkenaan hanyalah palsu semata-mata!
Pendedahan itu dibuat menerusi satu posting oleh laman Facebook Public Malaysian Health, semalam.
Menerusi posting tersebut, laman itu menjelaskan tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan fungsi hirisan bawang dapat merawat dan mencegah penyakit.
Malah, tips yang telah dikongsikan lebih ribuan netizen itu berasal dari kepercayaan masyarakat kuno sejak tahun 1500 lagi.
"Pada ketika itu, hirisan bawang diletakkan di dalam bilik untuk mencegah wabak Plague, iaitu sejenis wabak penyakit yang menyebabkan kematian hampir 200 juta manusia ketika itu.
"Penggunaan hirisan bawang ini berasal dari teori Miasma, iaitu teori kesihatan purba yang percaya 'udara kotor’ merupakan punca kepada penyebaran penyakit berjangkit.
“Masyarakat ketika itu percaya, udara malam merupakan udara yang merbahaya dan perlu dielakkan," kata pengendali akaun tersebut.
Tambah posting berkenaan, bawang merupakan sejenis sayur sayuran yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
"Bawang kaya dengan Flavonoids yang mempunyai fungsi anti kanser dan anti radang. Bawang juga merupakan sumber vitamin C yang baik dan baik untuk fungsi imun badan.
"Khasiat bawang ini hanya di perolehi sekiranya anda makan bawang, bukan meletakkan bawang di sudut bilik," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live