Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di sebuah rumah pengasuh di Kajang semalam.

Perkara itu dedahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan menerusi satu kenyataan rasmi, malam semalam.

Menurut Mohd Zain, polis menerima satu laporan daripada Pegawai Perubatan Hospital Serdang memaklumkan telah menerima kanak-kanak berusia 11 bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa daripada rumah pengasuh di daerah Kajang, kelmarin.

“Keterangan daripada pengasuh telah pun diambil dan setakat ini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut.

“Bedah siasat telah dijalankan pada 10 Mei di Unit Forensik Hospital Serdang.

“Keputusan bedah siasat adalah ‘Pending Laboratory Analysis’.

“Kes disiasat dibawah Sek 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya.

Jelasnya, orang ramai yang ada maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Insp Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502.