Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa syukur apabila menerima keputusan negatif dalam ujian saringan atau swab test COVID-19 yang dilakukannya baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah video di entri akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Shiha, walaupun mendapat keputusan negatif, namun dia terus mengambil langkah berjaga-jaga.

"Assalamualaikum, Alhamdulillah saya dah dapat keputusan swab test saya, syukur Alhamdulillah saya negatif dan apapun, saya masih ambil langkah berjaga-jaga.

"Kita doakan kepada yang dijangkiti wabak COVID-19 dan kepada Aliff Satar supaya cepat sembuh.

"Walau apapun, kita semua haruslah menjaga SOP dengan sebaiknya, stay safe everyone!" katanya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, Shiha turut berkongsi slip keputusan ujian saringannya dalam perkongsian sama.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Shiha bersyukur dan mendoakan kesihatan yang baik untuknya.

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)


Sabtu lalu, Shiha telah membuat persembahan di sebuah acara bagi mewakili Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk lagu 7 Nasihat.

Pada Ahad lalu, Alif Satar mengumumkan dirinya positif COVID-19 dan dia telah membuat persembahan di SFMM pada Jumaat, sehari sebelum giliran persembahan Shiha.

Susulan kes tersebut, kebanyakan rakan artis yang terlibat dalam program sama diminta untuk membuat ujian saringan COVID-19.

Alif kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.

BACA : Alif Satar Positif COVID-19; “Saya Mohon Maaf, Doakan Saya” -​

BACA : Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel & Amira Othman Negatif COVID-19