,
Laman Utama

Keracunan Makanan, Agong Jalani Rawatan Susulan Di IJN, Zahir Rasa Bimbang Kes COVID-19 Naik Mendadak

Mya Amri
28/09/2020
22:50 MYT
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan berikutan bilangan kes positif COVID-19 yang naik secara mendadak ketika ini lapor Awani.
“Sehingga 27 September, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,919 kes.
“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan sebanyak 36 kes positif COVID-19 di Semenanjung Malaysia setelah kembali dari Sabah, yang telah dikesan daripada 20 hingga 27 September 2020,” ujarnya.
Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah amat tersentuh hati dengan keprihatinan rakyat mendoakan kesihatan baginda dan menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda.
“Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat supaya menjaga kesihatan diri dan sentiasa berwaspada serta mematuhi ketetapan oleh kerajaan dan tatacara kebiasaan baharu berikutan situasi semasa jangkitan virus COVID-19 di Malaysia yang kian meningkat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Al-Sultan Abdullah disahkan menjalani rawatan akibat keracunan makanan di Institut Jantung Negara (IJN).
Ahmad Fadil Shamsuddin berkata selain itu, baginda turut menjalani rawatan intervensi akibat kecederaan pada sendi lutut dan buku lali.
Katanya, buat masa ini baginda dinasihatkan menjalani rawatan susulan di IJN.
Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah mula menjalani rawatan keracunan makanan selepas dimasukkan ke IJN pada malam Isnin minggu lepas.
Menurutnya, rawatan intervensi pada sendi lutut dan buku lali baginda pula dilakukan susulan pegawai perubatan mengesan kecederaan yang dialami baginda ketika bersukan.
“Rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya pada 24 September (Khamis). Seri Paduka Baginda kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.
“Ekoran daripada rawatan intervensi ini, Seri Paduka Baginda telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan susulan dengan pengawasan rapi pasukan Pakar Perubatan IJN.
“Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan susulan ini,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Istana Negara pada Isnin.
Sumber / Kredit Foto: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

#AgongKita: Seorang Penulis & Bergiat Aktif Dalam Kebajikan… Ini Biodata Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

gempak
20/07/2024
08:25 MYT
Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Berita

Pengasas KK Mart Mohon Ampun Kepada Agong & Umat Islam

gempak
03/04/2024
07:30 MYT
Pengasas KK Mart Mohon Ampun Kepada Agong & Umat Islam
Berita

Sepanjang Lima Tahun Memerintah Negara, Agong Tak Ambil Gaji

gempak
30/01/2024
04:51 MYT
Agong berjiwa rakyat.
Laman Utama

“Wedding Of The Year” - Agong & Raja Permaisuri Berkenan Singgah Menyantuni Pengantin Baharu Di Sarawak

gempak
12/09/2023
05:50 MYT
Bestnya!
Laman Utama

[VIDEO] Anak Kecil Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Siap Panggil Raja Permaisuri ‘Kakak’ - “Semoga FYP & Sampai…”

gempak
10/06/2023
08:55 MYT
Alolo comelnya adik.
BorakSeeni