,
Hiburan

Keracunan Makanan, Nabila Razali Ditahan Di Hospital

Amri Hassan
25/06/2018
07:01 MYT
Bintang AF2013 Nabila Razali dimasukan ke Pusat Perubatan Tawakal pada malam Ahad akibat keracunan makanan.
Menurut pengurusnya, Ash, penyanyi lagu Pematah Hati itu mengadu sakit perut dan lemah sejak dua hari lalu.
“Nabila mengadu sakit perut sejak dua hari lalu dan keadaannya menjadi semakin teruk petang semalam.
“Pada mulanya dia sangka sakit perut biasa tetapi setelah membuat pemeriksaan doktor mendapati dia keracunan makanan dan dehydration lalu terus dimasukkan ke wad bagi pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

Cepat sembuh ye dik..Allahuakbar..

A post shared by fizie_hotfm (@fizie_hotfm) on

Dalam pada itu, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 26, terpaksa menangguhkan penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir yang baharu disambung semula selepas cuti hari raya.
Tambah Ash, sehingga kini pihaknya tidak dimaklumkan perkembangan terbaharu kesihatan penyanyi itu.
“Pihak hospital belum maklumkan perkembangan kesihatannya dan tidak tahu bila akan keluar.”
“Selain penggambaran ada juga beberapa undangan persembahan hujung minggu ini, apa-apa pun sama-sama kita doakan kesihatannya kembali seperti biasa ,” ujarnya.
Foto: @nabila.razali
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Tak Kisah Suami Jadi Pelakon - “Kalau Dia Minat, Saya Tiada Masalah, Tapi..”

gempak
21/10/2024
12:55 MYT
Pelakon, Ummi Nazeera tidak menolak sekiranya suami, Dr Mohd Izzar Anwari terjun ke bidang industri seni.
Hiburan

Pevita Pearce Sah Bergelar Isteri, Pilih Ahli Perniagaan Malaysia

gempak
20/10/2024
23:50 MYT
Aktres popular Indonesia, Pevita Pearce sah bergelar isteri kepada usahawan Malaysia, Mirzan Meer.
Hollywood

Cameron Diaz Tinggalkan Dunia Hiburan Untuk Tebus Kehidupan

gempak
19/10/2024
14:56 MYT
Cameron Diaz merupakan seorang aktres yang cukup popular sekitar tahun 90-an sehingga 2000.
Hiburan

Ogy Tiada Niat Aibkan Sesiapa Dalam Teater Di Sebalik Topeng, Hanya Usik-Usik! - "Ia Realiti Sekarang"

gempak
19/10/2024
06:16 MYT
Pelakon dan penerbit terkenal, Fauziah Ahmad Daud tiada niat untuk mengaibkan sesiapa menerusi teater terbitannya berjudul Di Sebalik Topeng, sebaliknya sekadar ingin mengusik isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
BorakSeeni