Laman Utama
Kerajaan Benar Acara Langsung Diadakan, Jumlah Penonton Yang Hadir Terhad
Kerajaan bersetuju untuk membenarkan acara langsung dengan kehadiran penonton bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengikut peraturan yang ditetapkan berkuat kuasa hari ini.
Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat bersetuju selepas mendengar permohonan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) mengenai kelonggaran beberapa lagi industri kreatif termasuk kebenaran mengadakan acara langsung dengan kehadiran penonton.
"Atas penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), mesyuarat bersetuju membenarkan kelonggaran itu dengan kehadiran bagi acara di kawasan PKPB ialah 50 peratus dengan mematuhi aspek penjarakan fizikal. Manakala bagi kawasan PKPP, mengikut keluasan premis.
"Acara langsung yang merangkumi program rasmi kerajaan, televisyen, seni muzik, seni tari, persembahan kebudayaan dan warisan serta Livestreaming," katanya.
Dalam pada itu, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan penggambaran di luar studio di kawasan PKPB dan PKPP tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
"Selain itu, turut dibenarkan persembahan di lounge hotel dengan mematuhi semua SOP acara langsung iaitu dengan kapasiti kehadiran pengunjung 50 peratus ruang premis bagi kawasan PKPB.
"Kehadiran penonton mengikut keluasan premis dan mengamalkan penjarakan fizikal bagi kawasan PKPP," katanya lagi.
Sumber & Foto: Harian Metro
Must-Watch Video