Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6 pagi sehingga jam 10 malam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa mendengar rungutan atau keluhan rakyat dalam semua aspek termasuk berkaitan perkara itu serta sudah dibawa dalam mesyuarat.
“Ramai yang berpendapat bahawa apabila ditutup pada jam 8.00 malam, menyukarkan mereka untuk mendapatkan makanan. Jadi mesyuarat berbincang perkara ini.
“Mesyuarat juga telah meminta MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk berbicang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengkaji perkara yang dicadangkan ini.
“Sebab kesannya, alasan diberikan, jika kedai makan dibuka maka operasi lain juga minta mereka juga dibenarkan beroperasi sampai 10 malam,” katanya pada sidang media khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.
Tambahnya, mereka juga meminta KKM memberi pandangan kepada MKN mengenai cadangan dan permohonan daripada rakyat itu.
“InsyaAllah perkara itu akan dibincangkan dan jika diputuskan, ia akan diumumkan dengan segera,” ujarnya.
Waktu operasi kedai terutamanya kedai makan menjadi perbualan hangat warga maya sejak beberapa hari lepas yang tidak berpuas hati dengan tempoh perniagaan yang agak singkat.
Menurut komen di internet, ramai daripada mereka tidak sempat untuk membeli makanan kerana kebanyakannya hanya tamat kerja kira-kira jam 7.00 malam.
Fiza Kamarudin
Wed Jan 20 2021


Dah Ready Ke Guys? Selepas 15 Tahun Akhirnya Princess Hours Bakal Lakukan Versi Remake
Princess Hours ni fenomena tau dulu-dulu.

“Anak Muda Sekarang Ramai Yang Suka Buang Masa” – Amzeeq, Baal, Izhar & Yonnyboii Mahu Anak Muda Bangkit
Bagus lagu Masa ni...Banyak mesej untuk semua...

Terbongkar! Meghan & Putera Harry Rupanya Dah Berkahwin Lebih Awal Secara Rahsia
Meghan & Harry dah kahwin awal?

“Never Hina Food, Kerana Itu Rezeki! Namakan Makanan Dengan Kematian Orang Lain Tak Kelakar! -Cef Selar Maria Tunku Sabri!
Ini bukan kali pertama....

It’s Confirm! Tak Hanya Tercalon, BTS Bakal Buat Persembahan Di Grammy 2021! Ini Senarai Penuh Artis
Light it up like Dynamite! Tahniah BTS.

#ListenToAided: Aina Abdul Semakin Menyerlah - "Saya Tak Kisah Orang Cakap Saya Artis Pertandingan!"
Aina tetap pendirian...

Kementerian Alam Sekitar & Air Pelawa Pelajar Buang Buku Dalam Sungai Jadi ‘Sahabat Sungai Malaysia’
Jagalah kebersihan sungai kita ya...

Kelambu Dingin – 100 Hari Lepas Pantang, Ramona Phobia Untuk Bersama. Kata Pakar; Seks Umpama Makanan...
Dalam program Borak Kelamin malam ini, akan mengupas perihal mati putik atau keinginan seks yang menurun dalam hubungan suami isteri. Kata pakar jemputan, “women need love to make love”, nak tahu maksudnya?

Malam Ini Guys.. Borak Kelamin Bincang Topik Kelambu Dingin, Haa Menarik Kan?
Wajib tengok tau!

“Saya Rela Diceraikan, Daripada Hidup Bermadu”- Ezzaty Abdullah
Ezzaty Abdullah akui tidak boleh terima hidup bermadu