Kerajaan Cadang Bekerja Dari Rumah Dengan Gaji Penuh Untuk Sektor Awam & Swasta
Fiza Kamarudin
08/03/2021 10:45 MYT
08/03/2021 10:45 MYT
Kerajaan mencadangkan untuk memperluaskan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh.
Cadangan dibuat bagi penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak yang baru lahir.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sumber Manusia akan diarahkan untuk menilai perkara tersebut.
Inisiatif tersebut, jelas Muhyiddin lagi, bagi menggalakkan shared responsibility dan membolehkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatkan produktiviti kerja.
"Selain itu, saya juga telah meminta dikaji sekiranya kemudahan BDR ini dapat dipanjangkan kepada wanita atau lelaki yang kematian pasangan bagi membolehkan mereka menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kematian yang lazimnya memerlukan masa yang agak lama untuk diselesaikan," beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Sambutan Hari Wanita 2021.
Sumber: Astro Awani