Laman Utama

"Kerajaan Dah Bantu Pun Masih Nak Bising!" - Michael Ang Terkilan Segelintir Rakyat Malaysia Masih Merungut!

gempak
Asraf Aided
01/06/2021
13:40 MYT
Sponsor Banner
"Kerajaan Dah Bantu Pun Masih Nak Bising!" - Michael Ang Terkilan Segelintir Rakyat Malaysia Masih Merungut!
Pengarah popular, Michael Ang mengajak orang ramai untuk sama-sama memainkan peranan dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19.
Menurut Michael, bantuan yang diumum Perdana Menteri semalam sudah cukup memadai.
"Okay lah pertolongan yang diberi! Baik dari tak ada, jadi, kerajaan dah bagi apa yang mampu dan boleh.
"Sekarang terpulang kepada kita, apa lagi rakyat Malaysia, mari lakukannya bersama kita singkirkan COVID-19, kita boleh lakukannya! Jom duduk di rumah dan dapatkan vaksin," tulisnya di Instagram.
Sementara dalam entri berbeza, Michael juga meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak berpuas hati dengan bantuan yang diberikan.
"Apa lah kau orang ni, kerajaan dah bantu pun kau orang masih banyak bising dan tak puas hati.
"Sudahlah, sikit ke banyak ke, pertolongan itu tetap pertolongan kan! Takkan nak suap kau orang 3 makanan sehari baru kau orang puas hati!" tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Michael turut bersetuju dengan pendapat yang diluahkan.
Malam tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) berjumlah RM40 bilion, melibatkan suntikan kewangan RM5 bilion daripada kerajaan.
Bantuan tersebut berlandaskan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Daripada peruntukan itu jugam sebanyak RM2.1 bilion akan diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
BACA: Pemerkasa PLUS: Kerajaan Beri Tambahan BPR RM500 Pada Isi Rumah, Bujang RM100
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live