,
Laman Utama

Kerajaan Negeri Pertimbang Lokasi Penggambaran Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Jadi Destinasi Pelancongan

Gempak
06/07/2022
09:41 MYT
Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan lokasi penggambaran filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Padang Koba Teluk Bakong, Bota, Perak sebagai destinasi tarikan pelancong.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, cadangan tersebut dilihat baik untuk menarik kehadiran pelancong bagi mengunjungi lokasi penggambaran filem epik tersebut.
“Setakat ini kita belum lakukan apa-apa lagi untuk kekalkan lokasi pengambaran filem itu kerana difahamkan ia bukan set kekal.
“Bagaimanapun, kita akan lihat semula cadangan itu sama ada perlu untuk mengekalkannya sebagai destinasi popular dalam perfileman,” katanya kepada Kosmo.
Mengulas lanjut beliau berkata, Perak mempunyai banyak lokasi menarik yang sesuai dijadikan set penggambaran dan ia telah pun terbukti menerusi beberapa filem sebelum ini.
Malah, katanya, sejak tahun 2016 di bawah Perak Film Office (PFO), pihak itu telah menyediakan khidmat membantu pengusaha filem mendapatkan lokasi yang bersesuaian dengan kehendak mereka.
Katanya, langkah itu berjaya memperkenalkan banyak lokasi-lokasi menarik di Perak termasuklah Kapal Korek Warisan Negara iaitu Tanjung Tualang Nombor 5 (TT5) yang telah dilakukan beberapa siri penggambaran di situ.
Selain Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, beberapa filem lagi yang menjalani penggambaran di negeri Perak adalah Rise: Ini Kalilah, Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior dan banyak lagi.
Sumber: Kosmo Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Mat Kilau Tayang Percuma Di Kelantan!

gempak
21/07/2022
10:00 MYT
Bertuah rakyat kelantan
Laman Utama

“Rakyat Kelantan Tak Bising Tiada Panggung Wayang” - Timbalan MB Kelantan

gempak
30/06/2022
08:32 MYT
Punca gejala sosial.
Laman Utama

Selain Adi Putra, Beto & Fattah, Lakonan Kapten Syers Dalam Mat Kilau Tarik Perhatian - “Paling Sakit Hati Tengok Dia..”

gempak
28/06/2022
13:25 MYT
Geram!
Laman Utama

Review: Sindir Siapa Tu? Filem Biografi Epik Sejarah, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan! Masterpiece Atau…

gempak
21/06/2022
14:23 MYT
Boleh rasa betapa perit dan besarnya pengorbanan orang dulu-dulu.
Laman Utama

Sensasi Sabtu: Rita Rudaini Terima Tawaran Berlakon, Izzue Islam Beli Rumah, Ramai Tak Sabar Filem Mat Kilau!

gempak
14/05/2022
20:23 MYT
Kisah suka duka