,
Laman Utama

Kerajaan Negeri Tak Bertindak Kejam.. Bazar Ramadan Di Selangor Tidak Dibenar Operasi Mulai Sabtu Ini

Awani
05/05/2021
16:25 MYT
Semua operasi bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan beroperasi mulai Sabtu ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri tidak bertindak kejam dengan mengarahkan penutupan serta-merta memandangkan pengusaha atau pemilik bazar itu sudah beroperasi hampir 25 hari menjelang Jumaat ini.
"Dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan bazar Ramadan tidak dibenarkan, namun semalam Menteri Kanan Pertahanan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mengeluarkan arahan dibenarkan.
"Kita telah membuat keputusan semua bazar Ramadan di Selangor tidak dibenarkan mulai Sabtu ini, 8 Mei ini," katanya.
Tambah Amirudin, tempoh pengoperasian sehingga Jumaat dibenarkan bagi membolehkan pengurus dan pemilik gerai bazar Ramadan untuk menyelesaikan tugasan mereka terutamanya menyelenggara dan menguruskan stok-stok yang mungkin telah mereka kumpulkan pada ketika ini.
Enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Khamis ini (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
BorakSeeni