Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Kerajaan Selangor Beri Cuti Umum 18 November, Beri Peluang Rakyat Balik Mengundi Dengan Tenang

Shahrin Zulkifle 09/11/2022 | 09:30 MYT
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum negeri.

Dalam sidang media yang berlangsung pagi Rabu, Amirudin berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pengundi yang bekerja dan menetap di Selangor dan perlu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan secara dasar untuk memberikan cuti umum sehari pada Jumaat, 18 November. Perkara ini perlu diputuskan minggu hadapan kerana sedang menunggu maklum balas dari penasihat undang-undang negeri.

"Tetapi secara amnya semua ahli bersetuju untuk membolehkan ramai pulang untuk mengundi dan dalam masa yang sama membenarkan warga Selangor yang bermaustatutin di negeri lain untuk pulang dengan lebih selesa.

"Saya kira tawaran ini lebih bermakna, bukan hendak tunggu menang atau kalah, kita beri saja cuti dulu, untuk membolehkan orang ramai peluang mengundi secara adil," katanya.

Sumber - Awani

#Cuti Umum #Selangor #Menteri Besar
;