Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kerajaan Tak Setuju Usaha Benarkan Gender Ketiga Di Malaysia!

Amri Hassan
26/06/2021 22:02 MYT
Malaysia tidak bersetuju dengan usaha untuk membenarkan gender ketiga, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, ia perlu ditolak sebagaimana pendirian Malaysia menolak dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempromosikan hak asasi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di seluruh dunia.

Menurutnya, negara juga tidak akan berganjak daripada pendirian tidak mengiktiraf golongan LGBT seperti yang ditegaskan sebelum ini.

"Prinsip saya, hujah perlu dibalas dengan hujah. Maka, hujah yang tuntas (berhubung jantina ketiga) perlu dikemukakan," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.
#Viral #Malaysia #LGBT #Dr Zulkifli Al-Bakri #Jantina Ketiga
;