Skip to main content

Berita Tempatan

Kerajaan Wujudkan Hari Ibu dan Bapa Sebagai Hargai Komitmen Besarkan Anak-Anak

drwanazizah.jpg
Pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak terus diberi perhatian apabila kerajaan mewujudkan satu hari sambutan secara khusus.
 
Acara tersebut bakal diadakan pada Ahad minggu pertama Julai setiap tahun untuk peringkat Kebangsaan.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sambutan acara untuk ibu dan bapa sebelum ini diadakan secara berasingan.
 
“Kesungguhan dan komitmen inilah yang membentuk keluarga yang bahagia dan sejahtera,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.
 
Hari Ibu di negara ini diraikan pada 12 Mei setiap tahun manakala 17 Jun pula adalah Hari Bapa.
 
Pada tahun ini, sambutan berkenaan membawa tema Ibu dan Bapa Anugerah Terindah.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Twitter @drwanazizah
 

Advertisement

Must-Watch Video