Kerana Anta Permana, Pengurus Siti Nurhaliza Tidak Tidur Malam

Rozaimi Zubaidi
Disember 4, 2018 05:25 MYT
Pengurus penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak mengakui tidak tidur malam apabila single terbaharu, Anta Permana dilancarkan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Rozi menjelaskan dia risau dengan respon peminat terhadap single terbaharu itu dan berasa lega apabila peminat menyukai lagu tersebut.
"Ingat lagi, masa lagu ni nak dilancarkan, tak tidur malam kami untuk menantikan respons peminat.
"Sampai jam 4.30 pagi (12 tengah malam dilancarkan di itunes & platform digital), membaca komen-komen, alhamdulillah, positif.
"Tidak mudah untuk muncul dengan kerja seni atau kreatif, ada pelbagai citarasa orang, sama ada menepati atau tidak.
"Bukan kerja seorang untuk memastikan kejayaan ini, semua pihak terlibat sama. Komposer, penulis lirik, penyanyi, peminat, pihak tv, radio dan banyak lagi. Terima kasih semua," tulisnya.
Rata-rata mengakui suka dengan single Anta Permana dan berharap lagu tersebut akan mengungguli kesemua carta lagu di stesen radio.
#Penyanyi #Penyanyi #Datuk Seri siti Nurhaliza #Anta Permana #Rozi Abdul Razak