Gaya Hidup
Kerana Dapur 2 Pintu, Datuk Shah Rezza Tiba-Tiba Pandai Memasak
Pelakon Tuan Anas Mikael, Datuk Shah Rezza mengakui tidak pandai memasak, tetapi jatuh cinta dengan dunia masakan selepas menjayakan program Dapur 2 Pintu.
Sebelum ini, Shah Rezza mengaku kekok berada di dapur tetapi selepas bergandingan dengan Chef Zaida menerusi program masakan terbaru Astro itu, minat untuk memasak datang secara tiba-tiba.
"Selama ini saya asyik mengharapkan pembantu rumah yang menyediakan masakan untuk saya. Apabila dia tiada susah juga.
“Selepas memasak dengan Chef Zaida saya jatuh cinta pula dengan masakan dan akan mula memasak selepas ini. Saya akan buktikan yang saya mampu memasak,” katanya.
Menerusi Dapur Dua Pintu episod ke-tujuh malam ini Shah Rezza membantu Chef Zaida menyediakan dua jenis hidangan kerabu iaitu Kerabu Daging bersama Nangka Muda dan Kerabu Daun Bayam Merah.
Ketika Chef Zaida sedang menyediakan hidangan kerabu, Shah Rezza secara peribadi mengakui amat menggemari kerabu.
Kerana baginya, kerabu adalah sejenis hidangan yang bukan sahaja segar serta menyelerakan tetapi juga sesuai diamalkan untuk mereka yang mahu berdiet.
"Resepi Kerabu Daging bersama Nangka Muda ini misalnya, bagi saya adalah sebuah hidangan protein yang lengkap.
“Saya juga suka cara Chef Zaida menyediakan hidangan ini kerana daging dan nangka muda yang dimasak tidak dipotong nipis tetapi dihiris halus. Jadi kita boleh makan kerabu tersebut begitu sahaja," katanya lagi.
Menariknya, Shah Rezza cuba untuk membantu Chef Zaida menghiris bawang, mengisar bahan-bahan untuk memasak serta memegang sudip, sedangkan dia tidak pernah melakukan tugas-tugas tersebut sebelum ini.
Untuk melihat gelagat Shah Rezza yang kekok ketika memasak, jangan lupa saksikan Dapur 2 Pintu episod 7 menerusi Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135), bermula jam 9.30 malam ini.
Jangan lupa dapatkan resepi Dapur 2 Pintu di Aplikasi Suudu. Muat turun aplikasi Suudu di App Store atau Google Play. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta Suudu Facebook/OfficialSuudu