Gaya Hidup
Kerana Durian, Pemuda Ini Dipenjarakan Selama Sehari! Kenapa Pula Ni?
Gara-gara durian, seorang pekerja bazar malam atau uptown terpaksa meringkuk di penjara selama satu hari selepas mengaku bersalah mencuri durian musang king.
Difahamkan individu berusia 24 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan di sebuah pasar raya di sini, awal bulan lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, Majistret, Rini Triany Muhamad Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Luqman Hakim Yusof dan memerintah lelaki itu membayar denda RM1,000.
Berdasarkan pertuduhan, Luqman Hakim, 24, mengaku bersalah mencuri lima paket durian musang king kepunyaan Pasaraya Aeon bernilai RM400.
Kesalahan itu dilakukannya di premis pasar raya itu di Seksyen 13, Shah Alam pada jam 6 petang, 1 Jun lalu.
Pendakwaaan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi anda yang teringin makan durian, janganlah sampai mencuri ya!