“Kerana Hati Sudah Dimiliki” – Elfira Loy Mengaku, Dedah Gambar Bertunang

Mya Amri
September 21, 2018 03:29 MYT
Teka-teki mengenai pertunangan Elfira Loy akhirnya terjawab selepas pelakon itu mengesahkan dia kini sudah menjadi tunangan orang.
Berita gembira itu didedahkan Elfira menerusi entri terbarunya hari ini.
“Saya berkongsi dengan anda sekeping foto momen paling bermakna dan istimewa yang berlaku tahun ini.
“Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh. Apa yang terbuku di dalam hati , biarlah disimpan dihati. Kerana hati, sudah dimiliki,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat Elfira melangkah kea lam perkahwinan.
Terdahulu, Elfira dilaporkan telah bertunang dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di kediamannya..
Bagaimanapun, tiada pihak mengesahkannya perkara itu termasuklah ahli keluarga.
Elfira sebelum ini pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 namun berakhir pada 18 Februari lalu.
Foto: Instagram @elfiraloy
#Penyanyi #Elfira Loy #Penyanyi #Tunang