Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kerana Ibu, Saya Aktif Lakukan Kerja Amal - Thanuja

Rozaimi Zubaidi
31/08/2017 06:33 MYT
Pengacara Thanuja mengakui mula terjebak dalam melakukan pelbagai kerja amal selepas mendapat dorongan daripada ibunya.

Thanuja atau nama sebenarnya Thanuja Ananthan, 32, berkata, ibunya merupakan seorang yang aktif dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan serta membantu insan memerlukan.

“Sebelum bergelar selebriti, saya sudah melakukan pelbagai kerja-kerja amal dan minat itu timbul selepas mendapat pendedahan daripada ibu yang juga aktif dengan program sebegitu.

“Jadi, sekiranya saya tidak terikat dengan urusan kerjaya, saya akan meluangkan masa untuk lakukan sesuatu yang boleh menyumbang kepada masyarakat.

"Bagi saya aktiviti dan program seperti ini dapat menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjawab kepada masyarakat.

"Jadi ia sedikit sebanyak memberi kepuasan kepada diri saya apabila dapat membantu insan yang memerlukan dan mengingatkan saya erti kesyukuran dalam hidup," katanya kepada Astro Gempak.

Thanuja berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Negaraku 2017 #kitasamahero di Kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Drama mini bersiri Anak Merdeka episod akhir akan disiarkan pada 31 Ogos (hari ini), pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105), Astro Mustika HD (saluran 134), Astro XI Yue HD (saluran 300) dan Astro Vaanavil (saluran 201).

Selain itu penonton juga boleh menyaksikan drama bersiri ini secara eksklusif di Astro melalui Astro GO, On Demand dan NJOI NOW.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#kitasamahero #Anak Merdeka #Thanuja