Hiburan
Kerana Janji Manis Pelakon Janda, Kru Produksi Ceraikan Isteri?
Miss K dapat gosip terkini dari seorang informer yang bernama Melati. Melati ni memang terkenal dikalangan kru produksi dan penggiat industri.
Dakwa Melati, ada seorang kru produksi ni dah ceraikan isterinya kerana seorang pelakon genit yang bergelar janda.
“Kalau pelakon lain di set penggambaran sibuk hafal skrip dan menghayati watak, pelakon ni pula sibuk menggatal dengan kru produksi. Bukan main galak lagi.
“Ingatkan saja menggatal suka-suka, macam usik-usik antara pelakon dan kru, rupanya terbawa-bawa ke luar set. Masalahnya, kru produksi ni dah berkahwin,” kata Melati.
Alamak! Miss K yang mendengarnya terkejut, seperti terkena renjatan elektrik. Perlu ke menggatal dengan seorang jejaka yang berstatus suami orang?
“Habislah segala janji manis bulan dan bintang kedua-dua pihak taburkan. Keadaan jadi lebih teruk apabila khabarnya sang jejaka ini sudah betul-betul serius dan menceraikan isterinya.
“Aku ingatkan, lepas kru tu bercerai, mereka berdua jadilah kahwin. Tetapi, perkara sebaliknya berlaku. Bak kata pepatah, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari Miss K oi!
“Kru produksi itu boleh aku ibaratkan sebagai lebai malang. Rupanya pelakon janda yang dipuja-puja itu kini langsung tak layan dia. Kira hubungan itu terus putus sebab pelakon itu dah tangkap cintan dengan orang lain.
“Aku dengar, pelakon ini sedang bahagia dengan kekasihnya yang juga merupakan orang terkenal dalam bidang hiburan. Kesian kru produksi tu Miss K, dengarnya dah ceraikan isteri dia. Ibarat apa yang dikejar tak dapat, apa yang dikendong, jatuh berciciran. Akhirnya, melepas, mereputlah sorang-sorang,” cerita Melati lagi.
Haih, Miss K malas nak komen lebih. Bagi Miss K, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Pihak kru produksi tu ada salahnya, pihak pelakon tu pun turut bersalah. Dua-dua salah!
Kepada sesiapa yang ada pasangan itu, jujurlah dengan pasangan anda. Nasib baiklah Miss K ni setia pada yang satu. Ahaks!
Miss K: Masih tak mampu nak parking valet di mana-mana kompleks membeli belah. Hahaha, kelakar kan?
*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!