Kerana Koronavirus, Konsert Super Junior & Jay Chou Di Kuala Lumpur Ditunda
Amri Hassan
11/02/2020 00:21 MYT
11/02/2020 00:21 MYT
Dua buah konsert besar yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi di Kuala Lumpur telah ditunda ekoran wabak Koronavirus yang semakin membimbangkan.
Band K-pop, Super Junior yang sepatutnya mengadakan konsert mereka pada 1 Mac di Axiata Arena Bukit Jalil terpaksa menunda konsert ke tarik yang bakal dimaklumkan kelak.
Menurut kenyataan dari penganjur konsert Super Junior World Tour - Super Show 8 : Infinite Time In Kuala Lumpur, Star Planet, penangguhan konsert itu demi menjaga keselamatan artis, petugas dan orang awam.
"Penangguhan ini dibuat sebagai melindungi kesihatan dan keselamatan artis, penghibur, orang ramai dan kakitangan.
"Keputusan ini sepakat dibuat untuk menurut arahan pihak kesihatan berwajib dan usaha seluruh dunia mencegah wabak dari terus merebak.
"Ia juga diambil disebabkan sekatan perjalanan dikuatkuasa yang menyebabkan impak tidak diduga terhadap logistik global sehingga memberi kesan kepada proses penghantaran peralatan," demikian kenyataan penganjur.
Tarikh baharu dan lokasi acara akan dimaklumkan oleh penganjur tidak lama lagi.
Tiket yang dibeli masih sah selepas penundaan tersebut dan peminat dinasihati menyimpan tiket dan mengikuti pengumuman susulan di laman web Star Planet.
Penganjur juga meminta pembeli tiket yang mahu wang mereka dikembalikan supaya menghubungi Star Planet di talian 03 9223 3667 atau layari laman web www.starplanet.com.my untuk maklumat lanjut.
Sementara itu, penyanyi Taiwan, Jay Chou yang dijadualkan mengadakan persembahan pada 29 Februari di Stadium Nasional Bukit Jalil telah ditunda ke tarikh 22 Ogos nanti.
"Kami memahami ada antara peminat yang tidak akan dapat menghadiri konsert yang ditetapkan pada tarikh baharu, jadi bagi yang mahukan wang dikembalikan boleh berbuat demikian dari 13 hingga 17 Februari nanti," kata wakil penganjur, GHY Culture & Media.