Laman Utama
Kerana Sikap ‘Aneh’ Ini, Rossa Kena Buang Sekolah
Dengan penampilan sopan dan senyum manisnya, tidak ada yang pernah menyangka penyanyi popular Indonesia, Rossa, punya kebiasaan aneh sewaktu kecil.
Menurut Rossa, selain agak nakal, dirinya mempunyai satu kegemaran yang ternyata menakutkan pelajar lain serta menimbulkan suasana kurang senang di sekolah.
Rossa mengaku dirinya suka menggigit teman teman di sekolah sehingga tidak ada yang mahu dekat kerana takut dengannya.
“Waktu kecil masa di sekolah saya suka gigit orang. Saya akan gigit teman teman sekolah sehingga ramai yang takut dengan saya,” katanya seperti dilaporkan Suara.com.
Penyanyi lagu Tegar itu bagaimanapun tidak menjelaskan dari mana dan bagaimana sikap suka menggigit orang lain boleh menjadi ‘kegemarannya’.
“Apa yang pasti saya suka gigit orang. Ramai yang tak datang ke sekolah kerana saya,” ujarnya lagi.
Gara gara sikap suka menggigitnya yang tidak dapat dikawal, Rossa telah ‘dibuang’ sekolah. Pihak sekolah dan para ibu bapa berasa ‘terancam’ dengan sikap nakal perempuan yang kini berusia 43 tahun itu.
Dia bagaimanapun mengaku sudah lama berhenti dari sikap anehnya yang gemar menggigit orang lain.
“Tapi kadang kadang saya masih menggigit ya, hanya suka suka,” akui penyanyi genit ini.