Skip to main content

Berita Tempatan

Kerana Siti Aafiyah, Siti Nurhaliza Susut 14 Kilogram

siti_1.jpg
Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi rasa gembira apabila berat badannya susut sebanyak 14 kilogram selepas 17 hari melahirkan anak perempuannya, Siti Aafiyah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Siti mengakui penurunan berat badannya disebabkan oleh sering berjaga malam dan menyusu Aafiyah.

"Alhamdullillah, hari ini hari ke-17 ibu dan Siti Aafiyah selepas bersalin.

"Ibu gembira dengan perkembangan kami ini. Ibu juga gembira sebab dah susut 14 kilogram  sebab berjaga dan Aafiyah kuat minum susu ibu. 

"Terima kasih anak ibu kerana menolong ibu. Alhamdullillah," tulisnya.
 

Rata-rata memuji Siti yang kini kelihatan semakin cantik dan mengucapkan tahniah kerana berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin.

Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Sewaktu dilahirkan bayi itu diberikan nama sementara Fatimah Az-Zahra sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement