Kerana Tak 'Follow' di Twitter, Lindsay Lohan 'Sentap' Dengan JLo
Kamaruddin Razal
18/11/2017 00:57 MYT
18/11/2017 00:57 MYT
Mereka yang mengikuti perkembangan artis antarabangsa Lindsay Lohan, tentu tahu mengenai pelakon dan penyanyi itu, yang gemar 'menegur' rakan selebriti di Twitter.
Apa sahaja yang terlintas di fikiran, atau apa sahaja isu, Lohan tidak segan silu untuk meminta selebriti terbabit menghantar mesej secara DM (direct message) terus kepadanya.
Namun, teguran Lohan kali ini agak menggelikan hati kerana ia bukan sekadar teguran ramah seperti biasa.
Sebaliknya, ia seperti satu luahan rasa tidak puas hati.
'Mangsa' Lohan kali ialah bintang terkemuka, Jennifer Lopez.
Lopez secara kebetulan berada di Dubai untuk satu konsert dan Lohan pula sudah beberapa bulan menetap di situ.
Kata Lohan, dia merancang mahu bertemu Lopez namun tidak dapat berbuat demikian kerana gagal menghantar DM kepada Lopez.
Ini kerana Lopez tidak 'follow' (mengikuti) Lohan di Twitter.
Rata-rata peminat menganggap tindakan Lohan itu agak kebudak-budakan dan mempersoalkan keperluannya bertemu Lopez.
"Takkan dia (Lopez) nak jumpa awak semata-mata sebab awak tinggal di Dubai?" tulis seorang peminat, Jamie Parker.
"Saya terasa mahu ketawa tetapi tidak sampai hati kerana awak (Lohan) ada masalah psikologi yang serius," tulis seorang lagi peminat, Claire Collinson.
Sumber: Astro Awani

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.