Berita
"Kerana 'Tidak Mungkin Kerna Sayang' Saya Korbankan ....." - Alyah Akui 10 Tahun Tidak Banyak Waktu Bersama Keluarga
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia tidak pernah mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga sejak 10 tahun yang lalu.
Menurut Alyah, sebelum ini dia banyak menghabiskan masa untuk mempromosikan single 'Tidak Mungkin Kerna Sayang'.
"Tahun ini boleh dikatakan tahun yang betuah sebab banyak waktu saya dapat habiskan dengan suami dan emak serta keluarga.
"Sebelum ini hampir 10 tahun saya tak banyak waktu yang panjang dengan keluarga dan suami.
"Semuanya kerana single Tidak Mungkin Kerna Sayang, saya korbankan banyak waktu, jadi tahun ini paling seronok saya dapat balik tengok mak saya dan berbuka puasa dengan dia.
"Tahun lepas saya cuma ada satu hari sahaja untuk buka puasa bersama suami jadi tahun ini saya dapat luangkan waktu dengan bersama-sama," katanya kepada HLive.
Alyah dan suaminya, maestro muzik terkenal Datuk Ramli MS atau lebih popular disapa Tok Ram berkahwin pada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).