Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Kerap Bertiktok, Kay Khydir Tak Bimbang ‘Terperangkap’ Di Platform Itu - “Ia Adalah Tempat Yang…”

Izwan Isa
06/02/2022 06:50 MYT
Sejak kebelakangan ini, ramai artis dilihat memilih platform sosial media TikTok untuk berkongsi kandungan atau melihat kandungan pengguna-pengguna lain.

Penyanyi Anuar Zain dan pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi antara selebriti nama besar yang mengakui gemar ‘melayan’ TikTok berbanding aplikasi media sosial sedia ada.

Hal yang sama turut diakui oleh penyanyi dan juga pelakon Kay Khydir. Bintang Akademi Fantasia 9 ini berkata, TikTok merupakan tempat dia berkomunikasi dengan peminat dan sekali gus merapatkan jurang antara mereka yang telah lama tidak bersua muka.
 
@kaykhydir My Day and Night always with Kesayangan Kesayangan Saya #KKS #ʞk #bebifoy #KayKhydir #MatSubuh #Ulang #UlalaUlang ♬ Day 'N' Nite - Crookers Remix - Kid Cudi

“Sebenarnya, saya ni baru sahaja berjinak-jinak dengan TikTok. Bagi saya, warga TikTok setakat ini semuanya positif. Saya sayang mereka ini sehinggakan saya tukar nama kelab peminat saya iaitu KKS (Kay Kydir Supporters) kepada KKS (Kesayangan-Kesayangan Saya).

“Mereka selalu memberi support kepada saya. Setiap kali saya buat live mereka akan ada untuk support dan menerusi sesi live itu juga, kami berborak dan bertukar-tukar pendapat,” katanya kepada Gempak.

Kay berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Todak & Friends, Revolusi Concert 2022 di ibu kota semalam.

Pemilik nama lengkap Nur Khaidir Muhid, 34, ini berkata, dia juga tidak melihat yang dirinya akan ‘terperangkap’ selamanya di TikTok sehingga melupakan kerjaya seninya sebagai seorang penyanyi dan juga pelakon.

Ujar Kay yang kini bernaung di bawah Todak Music, TikTok juga boleh dianggap sebagai satu platform untuk dirinya terus berkarya pada masa depan.

“Apabila saya membaca komen-komen positif, saya jadi lebih bersemangat. Apabila saya bersemangat, ia mambuatkan diri saya mahu berkarya dengan baik pada masa depan.

"Saya mungkin tidak akan berada di TikTok selamanya, tetapi apa yang saya dapat di sini sedikit sebanyak membantu kerjaya seni saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, adik kepada penyanyi dan bintang Akademi Fantasia Diddy itu bakal meluncurkan single bersama Shiha berjudul Ulang.
#TikTok #Kay Khydir