Kerap mendapat lagu 'mudah' sepertimana kata netizen, tegas bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Aliff Aziz, dia tiada hak dalam pemilihan lagu untuk konsert mingguan pertandingan nyanyian itu.

Jelas Aliff, semua bintang yang bertanding termasuk dirinya diberikan tugasan oleh pihak produksi secara saksama, jadi tidak sepatutnya timbul isu peserta kesayangan.

"Lagu-lagu yang saya dan semua peserta GV setiap minggu merupakan tugasan yang diberikan oleh pihak produksi. Mungkin ada yang berfikir kenapa bagi lagu macam itu.

"Tapi kalau tengok balik minggu ketiga di mana saya dapat lagu Jinbara yang memang genre saya. Sampaikan Datuk Syafinaz pun minta saya berhati-hati.

"Minggu kelima juga saya dapat lagu yang bukan genre saya. Tapi saya faham dan menghormati semua yang beri pandangan.

"Cuma kalau kita lihat semula draf, ada waktu lagu susah bukan saya seorang tapi semua peserta," tegasnya yang menyifatkan pembahagian lagu dan genre bersifat adil.

Terdahulu, isteri kepada Aliff iaitu aktres Bella Astillah berang apabila terhadap segelintir pihak menuduh suaminya sebagai peserta kegemaran Astro.

BACA: "Excuse Me?! Jangan Tahu Nak Condemn Je" - Bella Astillah Sanggah Netizen Kutuk Aliff Aziz

Sementara itu, diminta mengulas tentang kemunculan Bella di pentas konsert ketujuh ketika menyampaikan lagu Pesan Cinta (Afgan), kata Aliff keputusan itu dibuat pada saat akhir.

"Dia berlatih dalam masa dua hari macam tu, let's have some fun.

"Bila lagi kita nak ada kesempatan beginikan? Saya harap semua orang terhibur bila ada elemen kejutan itu.

"Pertama kali kami sama-sama di atas pentas. Rasa teruja. Apa pun terima kasih banyak kepada isteri saya kerana ‘sporting’ dan sudi untuk berada di atas pentas bersama dengan saya di GV. Sangat gembira," katanya.

Aliff memperolehi markah sebanyak 71.9% di belakang Nikki Palikat yang unggul di tempat pertama dengan 72.3%.

Minggu hadapan, Aliff bakal menyanyikan lagu Rapuh yang dipopularkan oleh Nastia, runut bunyi bagi drama Papa Ricky.

GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.