Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Kerap Gastrik, Hidung Tersumbat Dan Penat Melampau" – Hamil Lima Bulan, Dr Say Risau Isteri Tak Lalu Makan

Mya Amri
20/04/2021 05:55 MYT
Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril berkongsi perkembangan isterinya, Dr Azura Abbas yang kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Dr Say memaklumkan kehamilan kali ini cukup berbeza apabila isterinya kerap gastrik selain mengalami kepenatan melampau.

“Pejam celik pejam celik bini dah lima bulan mengandung. Awal-awal dulu dia dok bising “I tak nampak macam mengandung kan? Perut kecik je”.

“Tapi sekarang dia dok ulang “besar kan perut I? You tak tau betapa beratnya bawak anak you ni”. Padahal saya tak cakap apa-apa pun, hai wanita complicated sungguh pemikiran kalian haha.

“Alhamdulillah otak, jantung, organ lain dan tumbesaran baby nampak sihat. Expected date of delivery is on 31st August bersamaan Hari Merdeka tapi saya rasa bakal awal ni.

“Kehamilan bini kali ni sedikit berbeza. Masa Ace dulu bini boleh pergi gym melompat bagai tapi kali ni dia kerap kena gastrik, tak lalu makan kao kao, hidung tiap-tiap malam tersumbat dan penat melampau.

“Tetapi tidak semua kehamilan itu sama. Apa-apa pun bersyukur sesangat kandungan sihat. Saya risau sikit sebab bini tak berapa makan, kang tak dapat nutirisi mencukupi macam mana muka baby nak jadi sepadu #teamdaddy haha.

“Tak sabar nak tunggu kehadiran cahaya mata kedua kami. Tadi berjaya nampak muka baby, nampak iras muka saya lebih kali ni kan? Alhamdulillah sejuk hati daddy ada anak ikut muka daddy,” tulisnya.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)


Dr Say telah berkahwin dengan Dr Azura Abbas pada 30 Mac 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aezreil pada 5 Mac 2019.
#Hamil #Isteri Hamil #Dr Say #Dr Azura Abbas #Perkembangan Isteri Hamil