Kerap Kencing & Muntah-Muntah, Nicki Minaj Sahkan Kini Hamil

Amri Hassan
Julai 20, 2020 23:45 MYT
Bintang rap terkenal dunia, Nicki Minaj mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Menerusi siri foto di Instagramnya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Anaconda itu turut menunjukkan baby bump dengan kapsyen 'Preggers'.
Minaj, 37, turut berterima kasih atas doa dan ucapan tahniah yang dikirimkan peminat untuknya.
"Cinta. Perkahwinan. Hamil. Sangat teruja dan bersyukur," katanya.
Ini merupakan kehamilan pertama Minaj selepas mendirikan rumah tangga bersama Kenneth Petty pada Oktober 2019.
Minaj dan Petty sebelum itu telah berpacaran selama setahun.
Terdahulu, Minaj pernah meluahkan hasrat untuk memperlahankan kerjayanya demi mendapatkan zuriat.
"Saya memutuskan untuk bersara dan punyai keluarga. Saya tahu kalian semua gembira sekarang," tulisnya menerusi Twitter.
Mei lalu Minaj memaklumkan dia kerap muntah-muntah, pening dan kerap kencing sekali gus mengiyakan spekulasi dia sedang hamil.
#Hamil #Hamil #Baby Bump #Nicki Minaj