BERITA

Kerap Korek Hidung, Salur Darah Pecah

Gempak 10/03/2025 | 12:55 MYT

Gara-gara kerap menggorek hidung, seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selepas mendapati salur darah hidungnya pecah.

Memetik laporan berita Oddity Central, lelaki yang tidak didedahkan namanya itu gemar melakukan tabiat tersebut pada setiap masa.

Bagaimanapun, dia menyedari hidungnya mengeluarkan darah yang banyak secara tiba-tiba ketika melakukan perbuatan berkenaan.

Panik dengan keadaan tersebut, dia memutuskan pergi ke hospital berhampiran bersama isterinya selepas gagal menghentikan pendarahan berkenaan.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan arteri pada hidungnya didapati pecah dan perlu menjalani pembedahan segera.

Pesakit dilaporkan semakin pulih selepas menjalani pembedahan kecemasan.

Kejadian tersebut berlaku di bandar Xianyang, wilayah Shaanxi.
Sumber: Sinar Harian