Kerap Marah Elizad, Fadlan Hazim Dibenci Peminat

Mya Amri
Februari 17, 2017 08:27 MYT
Pelakon Fadlan Hazim dibenci peminat kerana sering memarahi dan meninggikan suara terhadap aktres Siti Elizad.
Perasaan marah yang dilampiaskan Fadlan terhadap Elizad adalah menerusi watak Ricky menerusi drama bersiri Papa Ricky.
Keberkesanan watak Ricky yang dibawa oleh Fadlan terbukti berjaya apabila peminat mula meluahkan rasa tidak puas hati dengan menggunakan hashtag #paparicky di Twitter.
Rata-rata meluahkan rasa geram dengan perangai Ricky yang tidak dapat mengawal emosinya apabila bertemu dengan Zara iaitu watak yang dilakonkan oleh Elizad.
Selain Fadlan dan Elizad, drama tersebut turut menampilkan Hafizul Kamal dan Ewal.
Papa Ricky bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).
#Siti Elizad #Fadlan Hazim #Papa Ricky