Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Kerap Pening Kepala, Syamsul Yusuf Terkena Alahan Isteri Mengandung

Mya Amri 22/11/2016 | 05:22 MYT
Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof akui kerap mengalami pening kepala berbanding isterinya, Puteri Sarah yang kini hamil lima bulan.
“Pada mulanya memang saya pelik juga kenapa saya kerap pening kepala, rasa macam tak logik pula pening hampir setiap hari.
“Kemudian bila fikir balik, mungkin inilah yang orang kata alahan ibu mengandung dah ‘berjangkit’ pada suami.
“Nasib baiklah hanya pening, kalau ditambah dengan mual dan mengidam, tak tahulah bagaimana nasib saya,” katanya tersenyum.
Syamsul ditemui Astro Gempak ketika malam Anugerah Skrin 2016 yang berlangsung baru-baru ini.
Bercerita mengenai isterinya, Syamsul memberitahu dia berasa lega kerana Sarah tidak mengidam makanan yang pelik seperti kebanyakan ibu mengandung.
“Kandungannya sekarang dan masuk lima bulan dan setakat ini dia pun tak adalah yang mengidam pelik-pelik, saya rasa lega sangat.
“Bukan apa, saya difahamkan yang ibu mengandung pasti akan ada yang mengidam bukan-bukan, yelah kita pun baru jadi bapa, rasa gementar sikit.
“Isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat cuma adalah kadang-kadang tu mood dia cepat berubah, biasalah ibu mengandung.
“Azam saya sepanjang sembilan bulan sekarang ini ialah ikut saja apa yang isteri mahu, bak kata orang layankan sajalah karenah ibu mengandung,” ujarnya.
Dalam pada itu, Syamsul juga memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang anak lelaki.
“Anugerah paling besar yang saya tunggu daripada tuhan adalah anak dalam kandungan isteri saya.
“Saya tak kisah dengan jantina anak, tapi bila dapat tahu anak lelaki saya rasa gembira sebab saya ada ‘geng’ untuk bermain.
“Doakanlah yang terbaik untuk kami sekeluarga, semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Syamsul baru saja memenangi kategori Pengarah Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2016.
Teks oleh: Mya Amri
#Hamil #Syamsul Yusof #Hamil #Puteri Sarah
;