Berita
Kerap Sakit Dada, Liza Hanim Akhirnya Buat Pemeriksaan Jantung & Ini Hasilnya...
Penyanyi Liza Hanim mendedahkan selama ini dia kerap mengalami sakit dada dalam jangka masa yang agak lama.
Bimbang dengan keadaan itu, Liza membuat pemeriksaan jantungnya secara terperinci di sebuah hospital.
“Alami sakit dada dah lama, ia datang dan pergi sekejap dan rasa sakitnya datang kembali.
“Sudah membuat pemeriksaan ECG (electrocardiogram) dan semuanya Alhamdulilah nampak berada dalam keadaan baik.
“Terima sedikit ubat dan perlu dipantau selama satu minggu. Hanya berdoa dan berharap kesakitan ini hilang, insya-Allah,” katanya.
Liza berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Liza memuat naik keadannya ketika menbuat pemeriksaan itu di hospital.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesihatannya agar cepat sembuh.
Must-Watch Video