Kerap Terkeluar Slang Mat Salleh Bila Bercakap, Megat Rahim; "Saya Melayu Tulen, Tapi ..."
Izwan Isa
16/02/2022 01:50 MYT
16/02/2022 01:50 MYT
“Saya sedar ramai yang hairan apabila mendengar gaya saya bercakap. Mereka kata, saya cakap ada slang Mat Salleh. Saya Melayu tulen!” begitulah respons yang diberikan oleh peserta Big Stage 2022, Megat Rahim apabila diminta untuk mengulas mengenai gaya percakapannya yang sedikit berbeza dengan orang lain.
Menurut Megat, 20, dia sama sekali tidak mempunyai darah campuran dalam keluarga. Lahir di Kuala Lumpur, Megat berkata, gaya percakapannya itu mungkin disebabkan oleh cara dia dibesarkan di rumah.
“Mungkin slang ini terjadi sebab selalunya saya akan bertutur dalam Bahasa Inggeris ketika berada di rumah.
“Banyak kali juga orang tegur, tapi nak buat macam mana kan sebab saya sudah terbiasa dengan gaya percakapan sebegitu,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Megat berkata, dia slang percakapannya itu hanya akan muncul ketika dia berbual dengan orang lain.
“Peliknya, apabila berbual sahaja slang ini akan muncul, tetapi ia akan hilang ketika saya menyanyi,” katanya lagi.
Melanjutkan bicara mengenai ketiadaannya pada minggu pertama akibat COVID-19, Megat berkata, dia bersyukur kerana jangkitan virus tersebut tidak memberikan sebarang kesan negatif terhadap stamina mahupun kesihatannya.
“Alhamdulillah, saya tidak alami sebarang kesan lanjutan walaupun selepas pulih daripada COVID-19. Saya juga berasa bersyukur kerana dapat membuat persembahan pada minggu kedua ini dengan baik,” katanya lagi.
Pada minggu ketiga, Megat bakal mendendangkan lagu Pencinta Wanita yang dipopularkan oleh penyanyi dari Indonesia, Irwansyah.
Berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada setiap hari Ahad pukul 9 malam, Big Stage 2022 bakal diteruskan dengan 11 peserta iaitu Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla dan Ajoi Zainal.