Hiburan
‘Kerek’nya ‘Boss’ Dalam Sitkom How Not To Lose Your Job Ni…Lakonan Che Kem Ni Tak Pernah Tak Padu!
Watak Boss yang dipegang pelakon Che Kem menerusi sitkom How Not To Lose Your Job sangat tidak disukai oleh warganet yang juga penonton web siri tersebut.
Mana tidaknya, sudahlah ‘kerek’…Nak buang pekerja pun tak berani buat sendiri! Semua pekerja diberhentikan kecuali seorang pembancuh teh (tea lady) di syarikatnya.
Lakonan Che Kem memang tidak dapat disangkal lagi kehebatannya, berilah apa jua watak sekali pun pasti menjadi.
Pernah memenagi trofi Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee (2017), Pelakon Lelaki Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM) menerusi Hati Malaya dan Aktor Pilihan Anugerah Oskar Edisi ke-7 (2008) ini sebenarnya seorang pendidik di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Wow! Bukan calang-calang ya pelakon yang dipilih untuk membintangi web siri How Not Lose Your Job ini tau.
Dalam episod pertama yang lalu Boss telah menggunakan Miss JJ (Sangeeta) sebagai wakil dirinya untuk menyerahkan notis berhenti kerja kepada semua kakitangan.
Boss bersikap kejam apabila turut menyingkirkan Miss JJ selepas itu. Bagaimanapun Boss tidak memberhentikan Amu, seorang pembancuh teh di syarikat tersebut.
Perkara tersebut menyebabkan Lola, Hup Hee, A.M Fansuri dan Julian hairan mengapa Amu tidak dibuang kerja.
Miss JJ pula mengesyaki Amu ada menyimpan rahsia besar Boss sehingga dia tidak dibuang. Ketika Miss JJ sedang memaksa Amu memberitahu rahsia tersebut, dia telah mendapat sebuah idea baru bagaimana hendak selamatkan syarikat. Tetapi, selamat kah mereka?
Jom tengok siri kedua How Not To Lose Yor Job, di sini.
EPISOD PENUH: How Not To Lose Your Job Episod 2
Jangan lupakan saksikan episod ketiga pada Isnin ini di Gempak, jam 9.30 malam! Anda juga boleh menonton di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.
Sitkom mencuit hati ini mengisahkan tentang Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng), Julian (Charles Robert), Amu Ratnam (Sukania Venugopal) dan Mimi Haris (Ellyza Azizi) ingin menyelamatkan syarikat supaya mereka tidak kehilangan kerja.
Must-Watch Video