Kereta Depan Brek Mengejut, Peserta Big Stage Sandra Dianne Terlibat Kemalangan!

Hanafis Haris
September 5, 2020 08:37 MYT
Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sebentar tadi.
Menerusi gambar yang diterima, keadaan kereta Sandra agak teruk terutama pada bahagian depan.
Malah, cermin hadapan dan belakang juga pecah.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut.
Difahamkan, Sandra kini sedang dirawat di hospital.
Gempak cuba menghubungi pihak pengurusan Sandra tetapi tidak berjawab.
Malah, sehingga kini pembabitan Sandra bagi konsert keempat Big Stage masih lagi tidak dapat diputuskan.
Apapun, sama-sama kita doakan supaya Sandra tidak mengalami kecederaan yang serius.
#BIgStage #Bigstage2020 #SandraDianne