“Kereta Dilanggar Teruk Juga, Tak Apalah,” - Lebih Pentingkan Kondisi Rider, Netizen Puji Sikap Prihatin Wak Doyok

Mya Amri
Ogos 26, 2022 07:45 MYT
Usahawan dan pelakon, Wak Doyok mendedahkan dirinya terlibat kemalangan bersama dengan seorang penghantar makanan yang menunggang motosikal.
Berita itu dimaklumkan Wak Doyok menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Mohd Nor, insiden tersebut berlaku ketika waktu puncak dan penunggang motosikal itu telah melanggar keretanya di bahagian belakang.
Walaupun keretanya agak teruk namun Wak Doyok memilih untuk membantu penunggang motosikal yang cedera.
“Berlaku satu tragedi waktu puncak. Kereta aku dilanggar oleh rider Grab dari arah belakang berhadapan Sg Wang Plaza BB. Kereta aku teruklah juga. Tapi tak apalah.
“Lagi teruk adik rider tu motor dia rosak teruk, tangan dia luka-luka dan terseliuh bahunya. Jadi aku settle kan semua, semoga dia sihat kembali dan bekerja mencari rezeki. Hati-hati dijalan raya,” tulisnya
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji keprihatinan Wak Doyok yang lebih mementingkan kondisi penunggang motosikal itu.
Tidak hanya mengucapkan terima kasih, pengikutnya juga turut mendoakan agar Wak Doyok dimurahkan rezeki kerana membantu orang lain.
Antara komen yang diterima adalah:
“Wak tak lupa asal usul dia. Wak dulu pernah susah. Wak tahu bagaimana sukarnya mencari rezeki. Tindakan yang tepat wak. Terbaik. Semoga menjadi inspirasi kepada yang lain,”
“Steady Wak, semoga dipermudahkan urusan Wak dunia dan akhirat,”
“Terbaik Wak baru nampak Wak dua hari lepas kat Melinium, dengar-dengar dah kemalangan pula. Memang bagus lah Wak. Semoga murah rezeki dapat lagi bantu orang dekat luar sana,”
#Kemalangan #Wak Doyok #Grab #Rider #Penunggang Motosikal