HIBURAN
Kereta Diserang, Imam Pertama Mengaku Gay Maut Ditembak
Imam pertama yang mengaku dirinya sebagai seorang gay, Muhsin Hendricks dilaporkan mati ditembak di Afrika Selatan.
Hendricks meninggal dunia pada 57 tahun selepas kereta yang dinaikinya di kawasan Gqeberha diserang hendap, lapor BBC.
“Dua suspek tidak dikenali yang menutup muka mereka telah keluar daripada kereta sebelum melepaskan beberapa das tembakan terhadap kenderaan yang dinaiki Hendriks,” ujar kenyataan polis mengenai insiden yang turut dirakam CCTV kepada pihak media.
Kematian Hendricks mengejutkan golongan LGBT di seluruh dunia kerana dia dihormati atas banyak sumbangannya terhadap komuniti tersebut.
Lelaki itu pertama kali mengaku dirinya gay pada tahun 1996 dan mengejutkan dunia kerana dirinya merupakan seorang imam. Dia juga mengendalikan sebuah masjid iaitu Masjidul Ghurbaah di Wynberg di Cape Town.
Kisah hidupnya pernah menjadi dokumentari berjudul The Radical pada tahun 2022 yang berbicara tentang banyak ancaman mati yang diterima namun dirinya tidak takut dengan ugutan yang diterima.
Must-Watch Video