Penyanyi Ifa Raziah berkongsi sebuah video menceritakan keretanya telah dilanggar lari oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.

Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Ifa, kereta itu melanggar kereta yang dinaiki bersama suami dan anaknya lalu melarikan diri begitu sahaja.

"Ini kereta yang melanggar kereta saya dan terus melarikan diri seperti penyamun.

"Kejadian ini berlaku sekitar jam 7 malam betul-betul waktu Maghrib di Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Pada waktu itu, saya berada dengan suami dan anak-anak di dalam kereta ketika perjalanan balik ke rumah, sekarang suami saya sudah buat laporan polis," tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ifa bertanyakan keadaannya bersama keluarga dan mendoakan keselamatan buat mereka.

Kereta Merc BED 1222 yg biadap kurang ajar melanggar kereta ifa dan terus melarikan diri seperti Penyamun ..Kejadian berlaku sekitar jam 7.05 betul2 waktu Maghrib di Batu 3 Jalan Ipoh KL .. ketika itu ifa berada dgn suami & anak2 di dlm kereta otw balik ke rumah.. Skrg suami ifa sedang membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar KL ..

A post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on


Dikenali sebagai Diva Dangdut Malaysia, Ifa mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1996 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.