Kereta Kena Laggar Lari, Ifa Raziah Berang!

Asraf Aided
Oktober 19, 2018 07:37 MYT
Penyanyi Ifa Raziah berkongsi sebuah video menceritakan keretanya telah dilanggar lari oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.
Video tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Ifa, kereta itu melanggar kereta yang dinaiki bersama suami dan anaknya lalu melarikan diri begitu sahaja.
"Ini kereta yang melanggar kereta saya dan terus melarikan diri seperti penyamun.
"Kejadian ini berlaku sekitar jam 7 malam betul-betul waktu Maghrib di Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
"Pada waktu itu, saya berada dengan suami dan anak-anak di dalam kereta ketika perjalanan balik ke rumah, sekarang suami saya sudah buat laporan polis," tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ifa bertanyakan keadaannya bersama keluarga dan mendoakan keselamatan buat mereka.
Dikenali sebagai Diva Dangdut Malaysia, Ifa mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 1996 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Ifa Raziah