Tidak sampai beberapa minit meletakkan keretanya untuk singgah membeli ais di sebuah kedai, Remy Ishak berputih mata apabila pacuan roda kesayangannya itu dilarikan pencuri.
Kereta jenis Mitsubishi Triton miliknya itu dilarikan pencuri pada pukul 12.30 pagi Rabu selepas dia pulang ke rumah sebaik sahaja selesai menjalani latihan teater di Istana Budaya.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, 34, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia singgah di kedai berdekatan rumahnya di Seri Kembangan, Serdang dekat untuk membeli barang sebelum mendapati kereta kesayangannya itu tiada di tempat letak kereta.
"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan teater Cindua Mato di Istana Budaya dan singgah ke sebuah kedai berdekatan kawasan rumah untuk membeli ais kerana kaki saya bengkak.
"Tidak sampai beberapa minit saya dalam kedai berkenaan apabila saya keluar kereta saya sudah tiada," katanya.
Terdahulu, Remy menerusi Twitter miliknya memberitahu dia baharu sahaja kehilangan kereta Mitsubishi Triton berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WSB 7332 dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi.
Dalam pada itu, Remy berkata, dia turut berasa ralat kerana barang-barang berharga miliknya seperti pakaian, kasut berjenama dan alat elektronik yang ditinggalkan dalam kereta turut lesap.
Jelasnya lagi, dia telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Sri Kembangan berhubung kejadian tersebut.
"Ia adalah kereta kesayangan saya dan sudah enam tahun saya guna kereta tersebut. Harap-harap dengan bantuan orang ramai dan polis ia dapat ditemui semula," katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan kereta miliknya itu supaya menghubungi pembantu peribadinya di talian 013-6293825.
Sumber: mStar Online
Ahmad Shah
Wed Mar 16 2016
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.