Laman Utama
“Kereta T20, Tapi Perangai Kepam” - Netizen Puas Hati Pemandu Wanita Culas Bayar Tol Akhirnya Kantoi
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Mungkin pepatah itu tepat sekali menggambarkan situasi sebuah kenderaan yang ditahan kerana culas membayar tol.
Menerusi ciapan di Twitter, Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) memberitahu yang penahanan kenderaan itu dilakukan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) semalam.
Apa yang memeranjatkan, pemilik kenderaan mewah tersebut didapati culas membayar tol sebanyak 45 kali, membawa jumlah keseluruhan ‘hutang’ yang perlu dilangsaikan sebanyak RM275.65.
"Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan. 45 kali terlepas bayar tol, jumlah tunggakan RM275.65 telah dilangsaikan serta-merta.45 kali terlepas bayar tol, jumlah tunggakan RM275.65 telah dilangsaikan serta-merta ? #kantoi pic.twitter.com/rk3SXrqHSE
— PROLINTAS AKLEH (@AKLEHtrafik) January 9, 2023
“Jadikan ini iktibar ya, jangan tiru aksi tak bermoral ni, anda bukan saja menceroboh, perbuatan ini juga membahayakan kenderaan lain," kata ciapan tersebut.
Meninjau ruangan balasan dan juga ulang ciap, rata-rata mengkritik tindakan pemandu tersebut yang enggan membayar tol ketika menggunakan lebuh raya.
“Kereta T20 tapi ya Allah perangai kepam nak mamp*s tak nak bayar tol. Tunjuk la muka tu. Bagi dia famous!”
“Tak bayar tol sebab tu mampu pakai kereta mewah.”
“Patut kali 1,000. Setakat bayar balik jumlah tol tu apalah sangat.”
“Patut kena bayar 3 kali, 4 kali ganda. Biar kasi faham.”
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video