Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kereta Tak Dikenali Selalu Parking Depan Rumah? Individu Ini Ajar Cara Mudah Lapor PBT!

Izwan Isa
19/01/2024 11:55 MYT
Pernahkah anda mengalami situasi di mana terdapat individu yang tidak dikenali meletakkan kenderaan sesuka hati di kediamana anda?

Sudahlah menghalang laluan jalan utama, malah perbuatan itu juga dilihat tidak beradab selain menyusahkan penghuni untuk keluar dari rumah.

Hal ini dikongsikan oleh seorang individu menerusi platform X yang kerap ‘terganggu’ dek kenderaan tidak dikenali yang meletakkan kenderaan mereka secara sesuka hati di depan kediamannya.



Hantaran tersebut menarik perhatian seorang individu yang kemudian berkongsi cara yang sesuai untuk melaporkan situasi sedemikian supaya ia tidak berulang kembali.

Menariknya, aduan boleh dibuat dengan cara yang sangat mudah, iaitu menerusi aplikasi di telefon pintar



#Parking Kereta