Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kereta Terbang Di Slovakia, Guna Enjin BMW, Tengoklah Rekaannya, Menakjubkan!

ZULHILMI JALIL
04/11/2020 04:15 MYT
Sebuah syarikat di Slovakia melakukan pandu uji terhadap sebuah model kereta terbang yang diberi nama AirCar baru-baru ini.

Pembuat kenderaan tersebut, KleinVision turut berkongsi rakaman video di Youtube ketika melakukan pandu uji di Lapangan Terbang Piestany, Slovakia pada minggu lalu.

Dalam video tersebut, kenderaan yang dicipta Profesor Stefan Klein itu dilihat melakukan tranformasi daripada sebuah kenderaan beroda di jalan kepada sebuah pesawat yang mengambil masa kira-kira dalam tempoh tiga minit sahaja.

Video transformasi kenderaan terbang itu ditonton lebih 1.7 juta kali di YouTube.



Menariknya, kenderaan tersebut direka dengan keupayaannya untuk mengeluarkan bahagian sayap ketika ingin melakukan penerbangan sahaja.

Menurut laporan United Press International (UPI), jentera berkenaan boleh melakukan penerbangan sehingga pada ketinggian 1,500 kaki dan sejauh 620 batu.

Kenderaaan dengan kapasiti dua tempat duduk itu dipacu menggunakan teknologi enjin BMW 1.6L selain boleh membawa muatan sehingga 200 kilogram bagi satu-satu penerbangan.

Menurut laporan Business Today, model tersebut sudah mempunyai pembelinya dan dijangka untuk dipasarkan secara komersial pada 2021 selepas mendapat kelulusan.





Sebelum ini, prototaip kenderaan tersebut pernah diperkenalkan di Shanghai, China pada November 2019.


Sumber: UPI, Business Today

#Kereta Terbang #Slovakia
;